Melegakan ketidakselesaan lampin basah
Jika bahagian kulit bayi anda yang ditutupi lampin berasa sakit, merah dan rasa panas apabila disentuh, bayi anda mungkin mengalami ketidakselesaan lampin basah.
Anda boleh mengikut langkah-langkah berikut untuk melegakan gejala ketidakselesaan:
- Tukar lampin bayi anda setiap kali ia menjadi basah atau kotor.
- Ia sangat penting untuk menghalang bahan kimia dalam urin atau tinja daripada terus menyebabkan keadaan kesihatan kulit halus bayi anda menjadi semakin serius.
- Biarkan lampin tidak dipakai sepanjang dan sekerap yang mungkin agar udara segar dapat sampai ke kulit bayi.
- Cuba pastikan lampin bayi anda padan dengan badan bayi dan tidak lecet atau menggeser.
- Elakkan daripada menggunakan apa-apa sabun, detergen atau mandi buih yang boleh merengsa kulit bayi anda.
- Pastikan kulit bayi anda bersih dan kering sebelum menggunakan lampin yang baru, bersih dan kering.
- Gunakan krim perintang seperti Sudocrem® pada setiap penukaran lampin untuk melindungi dan menenangkan kulit.
Sudocrem® telah terbukti secara klinikal untuk melindungi, menenang dan mengembalikan kulit halus bayi anda. Anda juga boleh menggunakan Sudocrem® setiap kali menukar lampin.
Jika ketidakselesaan berpanjangan, dapatkan nasihat doktor atau ahli profesional penjagaan kesihatan anda.
Rawatan yang paling baik untuk ketidakselesaan lampin basah adalah untuk mencegahnya daripada berlaku.
Guna seperti yang dinasihatkan. Jika gejala ketidakselesaan berlanjutan, sila dapatkan nasihat doktor atau ahli professional penjagaan kesihatan.