Notis Legal

Forest Laboratories Europe (“Forest”) dan Divisyen Forest, Forest Laboratories UK, Forest Ireland dan Forest Tosara, mengoperasikan beberapa tapak Web tertentu (“Tapak Web Forest”) untuk tujuan maklumat peribadi dan pendidikan. Maklumat kesihatan yang terkandung dalam Tapak Web Forest disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak bertujuan untuk menggantikan perbincangan di antara pakar perubatan atau pembekal penjagaan kesihatan yang lain. Penggunaan anda terhadap tapak Web Forest bermaksud penerimaan anda terhadap syarat-syarat, dan notis yang terkandung di sini dan semua undang-undang yang berkenaan tanpa apa-apa perubahan.

 

Penggunaan Tapak

Forest Laboratories Europe membenarkan anda menyalin dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh Forest di Jaringan Sejagat (World Wide Web) untuk tujuan bukan komersial dan untuk tujuan rujukan individu sahaja. Ia diberi atas pemahaman bahawa semua salinan dokumen yang anda buat harus mengekalkan hak cipta dan lain-lain notis proprietari yang terkandung dalamnya. Semua salinan tidak harus disalin lagi, dihasilkan semula, ditukar atau diedarkan. Sungguhpun Forest Laboratories Europe akan menggunakan semua usaha yang wajar untuk memastikan semua maklumat yang dipaparkan di tapak web adalah tepat dan memberi maklumat yang terkini, ia tidak mewujudkan atau menunjukkan bahawa terdapat apa-apa jaminan terhadap ketepatannya.

www.sudocrem.com adalah untuk penggunaan Forest Laboratories UK Ltd satu-satunya, semua bahan pihak ketiga yang dianggap bersifat promosi akan dihapuskan atas pertimbangan Forest Laboratories UK Ltd.

Tiada apa-apa yang terkandung dalam sini hendaklah diertikan sebagai pengurniaan secara tidak langsung, halangan atau cara-cara lain bagi lesen atau hak di bawah mana-mana paten atau tanda perniagaan Forest atau mana-mana pihak ketiga. Semua nama produk, sama ada terpapar bersama atau tidak bersama simbol tanda perniagaan adalah merupakan tanda perniagaan Forest Laboratories Inc., Forest Laboratories UK Ltd., Tosara Products Ltd., atau pemegang lesennya atau rakan kongsi usahasamanya. Penggunaan tanda perniagaan ini atau semua bahan lain, kecuali penggunaan yang dibenarkan di atas, adalah secara tersurat dilarang dan boleh merupakan pelanggaran tanda perniagaan.

 

Pautan Pihak Ketiga

Dalam cubaan untuk memberi nilai yang lebih tinggi bagi pengunjung, tapak Web mungkin mengandungi pautan ke tapak-tapak Web yang lain di Internet yang dimiliki atau dioperasikan oleh pembekal-pembekal pihak ketiga atau lain-lain pihak ketiga. Walau bagaimanapun, sungguhpun jika pihak ketiga tersebut mempunyai hubungan gabungan dengan Forest, Forest tidak mempunyai kawalan ke atas tapak-tapak Web terpaut tersebut, semuanya mempunyai amalan-amalan privasi dan pengumpulan data yang berlainan dan tidak berkaitdan dengan Forest. Forest menafikan semua tuntutan atau perwakilan tentangnya, dan tidak menerima apa-apa tanggungjawab ke atas kualiti, kandungan, jenis, atau kebolehharapan tapak-tapak Web yang boleh diakses menerusi hiperpautan dari Tapak Web Forest atau tapak-tapak Web yang terpaut ke Tapak Web Forest. Tapak-tapak Web yang terpaut tidak berada di bawah kawalan Forest, dan Forest tidak bertanggungjawab ke atas kandungan semua tapak Web yang terpaut atau semua pautan yang terkandung di dalam tapak Web yang terpaut, atau semua ulasan, perubahan atau kemaskini tapak-tapak Web berkenaan. Forest memberi pautan-pautan ini kepada anda bertujuan memudahkan anda, dan kandungan semua pautan tidak menunjukkan apa-apa gabungan, sokongan, atau pengambilan oleh Forest atas tapak Web atau semua maklumat yang terkandung dalamnya. Semua tapak Web yang terpaut ini hanya untuk memudahkan anda, dan, oleh yang demikian, anda mengaksesnya atas risiko anda sendiri.

 

Penafian dan pengehadan liabiliti

Forest tidak memberikan apa-apa jaminan atau perwakilan tentang ketepatan atau kelengkapan kandungan tapak Web Forest atau kandungan semua tapak Web yang terpaut. Terbitan ini disediakan “SEPERTI YANG TERPAPAR” TANPA JAMINAN DALAM APA JUA BENTUK, SAMA ADA TERSURAT ATAU TERSIRA, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, JAMINAN TERSIRAT KEMAMPUAN UNTUK DIPERDAGANGKAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN-TUJUAN TERTENTU, ATAU TIADA PELANGGARAN. FOREST TIDAK MEWAKILI ATAU MENJAMIN BAHAWA BAHAN-BAHAN DALAM TAPAK WEB INI ADALAH TEPAT, LENGKAP, BOLEH DIHARAP, TERKINI, ATAU TIADA KESALAHAN. FOREST TIDAK MEWAKILI ATAU MENJAMIN BAHAWA TAPAK WEB INI ATAU PELAYANNYA ADALAH BEBAS DARIPADA VIRUS ATAU LAIN-LAIN KOMPONEN YANG BERBAHAYA. Sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pengecualian jaminan-jaminan tersirat, oleh yang demikian pengecualian di atas mungkin tidak sesuai bagi anda.

DALAM APA-APA KEADAAN JUGA FOREST TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS KEROSAKAN SECARA LANGSUNG, KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU TURUTAN, ATAU SEMUA JENIS KEROSAKAN LAIN TERMASUK, TETAPI TIDAK TERBATAS KEPADA, KEHILANGAN PENGGUNAAN, KEHILANGAN KEUNTUNGAN, ATAU KEHILANGAN DATA, SAMA ADA DALAM TINDAKAN DALAM KONTRAK, SALAH LAKU (TERMASUK, TETAPI TIDAK TERBATAS KEPADA, KECUAIAN), ATAU YANG LAIN-LAIN, YANG TIMBUL DARI ATAU DALAM APA-APA CARA BERHUBUNGAN DENGAN PENGGUNAAN TAPAK WEB INI ATAU BAHAN-BAHAN YANG TERKANDUNG DALAMNYA ATAU DIAKSES MELALUINYA.

 

Undang-undang yang berkenaan

Syarat-syarat dan terma-terma harus ditadbirkan dan diertikan mengikut undang-undang United Kingdom, tanpa mengira pilihan prinsip-prinsip undang-undangnya.